takda benda lain yang lebih memeritkan daripada perkara ini.
memang selama ni hidup aku lengkap sebagai seorang wanita islam.
penuh adab seorang wanita timur.
tapi hari ni satu benda ni dah buat aku give up untuk hidup.
kisahnya berlaku pada satu petang yang indah *bunyi ombak*
petang itu tenang dan nyaman..
kelihatan seorang lecturer memandu bot di sekitar tasik napi..
lagaknya seperti mahu menunjuk saja dia reti bawak bot.
mentang-mentang kami hanya pandai bawak diri.
deruman enjin bot mematikan langkah sang keli untuk berjimak.
"kacau daun" kata keli betina yang telah menanggalkan cakuk pertama bra nya yg mmpunyai 3 cakuk.
lensa kamera fokus kepada sekumpulan remaja separa matang.
ya aku pon tidak terkecuali. mana hampa tau? tanya aku separa marah.
kami ke tasik napi untuk celebrate birthday si hidung mancung, sya.
aku dan rakan2 lain dah siap sedia telur dan tepung gandum
biasalah stereotype birthday prank.
"papppp" anuar wahidi membaling telurnya kepada punggung aku.
tinggallah satu.
"celaka..!" ujarku seraya mengusap secara bulatan punggungku yang perit.
rasanya seperti disengat tebuan yang baru kena suntik bisa extra.
sakit tidak terhingga..namun telur widi tak pecah.
hihi gelakku manja beserta kerutan di dahi untuk nampak lebih ganas.
aku ambil telur widi secara berlapik menggunakan baju *kami bukan muhrim*
lantas telur itu aku simpan di dalam poket seluar..
keadaan semakin gamat..
masing2 berlari menyelamatkan diri.
tak termasuk kamal sebagai jurukamera.
mencanak lari..lagaknya saling tak tumpah seperti bapok diserbu polis.
"ahh tak jantan ah tak main teloq..!!" kataku didalam blog.
tiba-tiba aku nampak satu telur yang masih berkeadaan elok di atas tanah.
aku ambik dan berjalan perlahan2 ke arah Lan.
sengaja aku berpura-pura mahu bersekongkol dengannya untuk mengenakan Sha.
tiba-tiba.."pappp" aku hentak telur di atas kepalanya..
kah kah kah..aku ketawa bapok
Lan pon takmau kalah...
tepuk la tangan sebab dia berjaya pecahkan telur dalam cubaan ketiga.
ahh syaitonnn..jambulku terkeluar.
sebijik macam gaya siti nurhaliza.
bimbang dituduh menjadi mangsa fesyen, aku segera betulkan semula kedudukan tudungku
lantas melarikan diri, namun semua tahu larianku tidaklah laju mana.
kemudian aku dibaling pula tepung.
aku memang tak menduga langsung takdirku ini.
tidak cukup dengan itu..
telurku yang disimpan didalam poket seluar tadi pecah.
dah due date utk menetas agaknya.
tak perasan pula bila ayaq ketuban dia pecah..hmm
hasilnya habis telefon bimbitku bermandikan telur.
memang sedikit khinzir sebab henset aku dah rosak
lagu2 di dalamnya mengalami proses modenisasi(perubahan)
tidak semena-mena suara ziana zain kedengaran seperti suara Dr Rozmey.
tidak cukup dengan itu...dalam perjalanan pulang..
Sha melenyek dadaku dengan kek
"takda tempat lain ka?" adu ku di dalam blog.
kini aku sedar, hidup ini tidak seindah mana.
kadang2 kita di atas,kadang2 kita di bawah.(cam kenai posisi ni)
tiada yang lebih memeritkan daripada prank yang memakan diri sendiri
jadi siapa yang wajar dipersalahkan?
karam sing walia ataupun mazidul akmal sidik??atau kamarudin mape?
renung-renungkan.

9 comments:
ohh-amm-gii~~
jgn buat ak gelak sorang2 baca blog ko lah , adu aku dalam blog kat bahagian comment ko
sepatotnya ni crita sedih yen.!
mok mengong!
mok mengong!
maceh =')
weyh..sumpah aku gelak giler post ko kali ni..kahkah
p/s: jambul rosmah la baru kaw.hahah
tumpang gelak... sekian..
renung-renungkan dan selamat berAMAL: hmm jgn gelak sangat nanti rahang cramp plak.jambul rossy(bukan nama sebenar) kita amek buat kabus bantal
shoba: tumpang tanya..sekian.
Post a Comment