JellyPages.com

Friday, December 28, 2012

berkampung di hospital

hai para penontonnn,ibu2 bapak2 semua yang ada disini
goyang yuk ahh
tengok tajuk la..dah leh tau yang seseorang masuk hospital
siapa lagi,kak jah la(tok aku)
haa so sepanjang aku x online tu,maknanya aku jaga tok la
bestt tidoq hospital













takot2 jugak aku nak stay hospital tengah2 malam ditemani roh2 mayat bekas pesakit kronik termasuklah kes mati pucuk aka dead shoot.
arghh..org kata hospital keras..
tapiiii aku hentam bawak laptop,earfon,bantai sebagai peneman dikala duka lara
amek kauuu
dah semua org sibuk kerja kan
so aku yg cuti ni kena la berkorban sikit
sebab tu tdoq sorang.













haa rajah di atas menunjukkan tempat aku tdoq
punya jakun tdoq depan toilet..takpa janji kena aircond
lagipon senang aku nak cas laptop
mana la tau kot2 nak layan cita 2 alam ka
senang,bawak ja..
aku main plants vs zombie,siram pokok bunga,bagi baja kat tree of wisdom dan mcam2 lagi
oke dah habih cakap.

Tuesday, December 18, 2012

homemade chocolate oreo ice-cream

















haa itu dia..itu diaa
haritu try buat aiskrim coklat oreo ni
sebab..
1) aku gila aiskrim
2) resipi dia senang
3) teringin nak jadi masterchef

hasilnya fuh...........
memang jelik
plus aku tak suka sangat aiskrim cekelat.
aku suka vanilla
lepaih ni kompem takmau buat dah 
dahla kos tinggi
hasil tak memuaskan nafsu..huh
dia sedap cuma keraih gila..haha
serius rasa cam tengah gigit selipar crocks yg diperbuat dari kulit crocodile itu sendiri.
maybe semua ni sebab aku blend sat sgt kot.
ada la dalam seminit..sebab aku malaih nak blend lama2 sgt.
asal nampak semua dah hancoq ja, troih aku tak sabaq nak tuang dalam bekas utk bekukan.
sebab tu mo'oh dia tak gebu dan jd keraih.
jaga2..benda ni keras #mistik#

tiba-tiba teringat iklan colgate 

"uuii dulu ngilu,tak tahan..sekarang (sambil gigit ais) takde masalah"

try makan aiskrim aku tgok..kompem ngilu hg mai balik =(
so sad

ala-ala rosalindanok

hye all..
ingat saya lagi??
sayalah maya karen bangett

dulu masa bulu ketiak aku belum beruban,
aku selalu tengok cta latin ni
telenovela.
so aku ingat la sikit2 maksud ayat dia
dah lama aku nak menunjuk bakat aku ni
tapi cam baru harini rasa riak tu muncul
tolong wat muka kagum sat.
kalau buleh aku nak hampa nganga sikit,tanda kagum

muerto-mati
mayana-esok
nungkah-takkan
amor-cinta
mi amor-sayang
por favor-tolonglah,please
nungkah haviramas- tidak sekali2
no-tidak
si-ya
klaro-sudah tentu
kiasi sa ki-siapa tu
muher-perempuan.
espeho-cermin
tiempo-lama ka masa ak tak sure
hok aloh-seakan-akan mencemuh dengan penuh rasa kesal tapi sopan dari nate.

penat otak pikiaq balik cerita2 yg aku tengok kat tv3 dulu.
rosalinda
la mujer el espejo< hentam (ala cerita yg pompuan tu ada cermin ajaib tu.yg bila siang dia cantik,mlm jd tenuk tu.nama pompuan hudoh tu juliana.hero dia hensem gila!)
secreto de amor (ntv7)
ruby

semua cerita kat atas ni memang terbaik
rindunya zaman muda mudi ku =(

respect..that's all it takes..

ingat lagi kisah budak (P bukan nama sebenaq) yang londeh seluaq pehtu tunjuk punggung kat gambaq Najib?
dia dah mintak maaf kat semua dan sedia mntak maaf kat N
tu la..kan dah malu..terok2 pon,N tu org tua.
kalau takmau hormat dia sebagai PM,hormatla dia sebagai orang tua.
macam tu la jgk ngan Nik Aziz,Anwar Ibrahim..
kalau dia buat benda tak betoi,kita blajaq tinggi2 kasi meter habih,then tekad dalam hati utk jadi PM
ni tak,nak kutuk tapi blajaq out..sia2 la
aku rasa tak wajar kita nak kutuk perdana menteri kita sebab khabarnya dia tu takot bini..
dia tak takot bini,bini dia yg tak takot kat dia.
aku tak rasa jengkel ngan Datuk N
tp ngan bini dia,ada la sikit.
tapi aku takkan londeh seluaq,tunjuk punggung kat gambaq Cik Ros.
last2 sendiri dapat malu.

kepada P,lain kali londeh seluaq kat depan aku ok..pomis???

nota penumbuk : aku menyampah betoi ngan orang taksub poilitik tapi habuk pon tarak..setakat sembang kencang,amsyar pon buleh..sebenaqnya suka hati hampa la nak berpolitik ka apa ka,tapi jangan semakkan home aku.

Monday, December 17, 2012

alhamdulillah

azam aku untuk tahun depan ialah nak jadi kuruih.
and to be better person la.
perangai tu takmau macam tenuk sgt dah
cakap pasai tenuk,tadi aku buat aiskrim cekelat oreo 
sedap tak sedap kita tunggu esok la.
kalau jadi aku upload la gambaq.
biasala tu stail perangai jenih riak

and now,cuti sikit lagi nakk habih
bosan gila nak masuk maktab balik.
hidup aku sebagai pelajar hanya bermula time study week ja 
time tu la dok baca buku pon 
so selama 4 bulan lebih tu
aku masuk maktab hanya untuk dapat kad pelajar yg leh dapat diskaun tu.

haa tajuk alhamdulillah tu sebab tuhan dah kurniakan aku macam2 kebahagiaan
tapi aku tak reti nak berterima kasih
setakat ni semua yang aku doa,dimakbulkan
aku doa lulus semua exam=makbul
dah la time aku tengah pulun exam,
Mr Basil si dedaun tegoq aku
"Don't fail my paper haa"
cuak woi cuak
paper dia dah la susah
dah la format soalan xmcam biasa
mentang2 aku selalu ponteng kelas dia
teroih cop aku ada ciri-ciri nak fail
sentap tau
aku doa dapat 3 pointer lebih=makbul
aku doa permudahkan urusan aku pasal laptop=makbul
aku doa mak ayah selamat balik dari PD=makbul
aku doa nak ada bilik sendiri=makbul
aku doa rahang tak fail pon makbul jgak.ahhahahaha
semua yg aku betul2 nak,aku dapat
bersyukurnya aku kepada Allah.
=')
sebab tu azam aku nak jadi yg lebih baik
bukan ja pada tahun depan,tapi bermula harini.

Sunday, December 16, 2012

uji pandu

sebelum tu aku nak hampa muhasabah diri
ya..yaa...mari audit diri kita 
yaa..
supaya kita menjadi insan murni,berjaya macam abby abadi
takpa..kalau nak jadi ebby yus pon takpa
sebab depa adik bradik


jawab soklan ni
kenapa Atan takdak rambut??



jawapan dia>>>>
sebab>>>
kalau Atan ada rambut, rambutan takdak idea nak pakai nama apa.


marilah sama2 kita berkabung..sebagai memperingati jenaka yg langsung tak lucu ini..
malah lawak Da Di Du(maharaja lawak mega) lebih meleTop (ala2 neelofa dan nabil buat trademark)
tapi jangan tiru teka-teki ni sebab aku yg cipta lepas makan rambutan tadi
ni haa pencuri rambut atan..
dasar binatang!!eh dasar buah!!
dasar pandang ke timur!!!














serius jangan tiru!

Thursday, December 13, 2012

yeayyyy

hello u olls.
wah tak caya makk
aku online guna laptop aku sendiri!!!
helo2 bukan laptop baru oke
laptop lama yg disangkakan rosak
tup2 try bukak dia jadi elok
sukew3

patotnya laptop ni rosak
kalau dak hard disc rosak
tp alhamdulillah miracle
aku saja ja wat2 bukak nak buat rindu over de vass
tiba2 elok ja

Sunday, December 9, 2012

bercinta selepas nikah

manusia yang terang-terang couple tp like page "bercinta selepas nikah"
ni adalah insan2 paling freak yg pernah aku kenal

see u again in short..nak p bertapa sat utk buang rasa kesal ni