JellyPages.com

Thursday, January 12, 2012

maktab hg

aku blajaq kat maktab perguruan yg tak lama lagi nak upgrade jadi U
bila tu kena tanya laki kak ros la =)
maktab bes jugak
takkan nak cerita tandas takda air ja kan?
pehtu kipas selalu rosak ja kan?
ada jugak istimewa dia
iaitu...*betulkan cekak

1) dapat elaun
1.1 semua orang suka bila dapat duit.siapa tak seronok dapat elaun tu adalah orang yang suka korek ponggong pahtu cium.(todia)..bagi aku yang dah 3 semester degree ni, elaun dapat setiap sem (6 bulan)..dapatla rm4040 paling tinggi tmasuk elaun buku.

2) boleh keluaq hari2 sampai pukul 11 malam
2.1 bagi aku oke dah sampai pukul 11...bukannya nak buat apa sangat kat luar.kalau terlebih pon setakat tulih nama kat pak guard pehtu ugut nak hantaq nama kat HEP tapi nama tak pernah naik pon..baru aku paham tugas pak guard hanyalah menakut2kan pelajar.

3) suasana sekolah.
3.1 memang maktab sebijik cam kat sekolah..kalau ponteng kelas boleh sampai kena buang kalau lebih jam yg sepatutnya..pastu ada unit beruniform, perhimpunan setiap minggu yg bodoh, fire drill yg bodoh, takleh pakai jeans yg bodoh, cleaner dan lain2. kat U ada ke perhimpunan?
3.2 walaupun dulu aku menyampah gila dengan sistem yg cam sekolah tapi sekarang dah biasa...lagipon peraturan takla ketat sangat..kecuali hal akademik ketat jugak..ala2 dara gitu =P
3.3 tapi kelebihan suasana camni adalah aku takla rindu sangat zaman sekolah

4)bilik cantik+ besar
4.1 bilik kat maktab ni besaq baq hg..satu bilik besar share 2 orang..kipas laju..tingkap besar yg cantik...cam apartment mini..
4.2 kalau kat matriks dulu panas..bilik besar share 4 org tapi kipas satu..

5) study santai
5.1 kat sini aku lepak gila time study weh..takyah nak menggila cam kat matriks..pastu last2 minute barula study..result terok cam biasa. =) assignment pon ikut musim.
5.2 kat matriks aku bangun tidoq,depa study..aku habis berak,depa study..aku tidoq,depa stay up n study..aku jadi stress,kuiz berlambak. terus aku quit matriks dan masuk maktab tanpa berpikir panjang..serius tak pikir panjang langsung..

banyak lagi nak tulis tapi malas sebab nak main plants vs zombies plak
haa lagi satu, boleh main game tanpa rasa bersalah.
aku saja tulis sebab nak bagi budak lepasan SPM jeles
maklumla takda intake untuk hampa tahun ni
bye.