assalamualaikum sayang
sayang apa khabar denganmu?
disini ku merindui kamu
haa sambung sat..ni lagu sayang nyanyian shae.
ke hadapan kekanda,
sayang berapa batang dah harini?
kalau dinda bilang2
tentu sudah melebihi 5 batang
minum pagi,lepas lunch,minum petang,sebelum dinner,sebelum masuk tidur..
5 batang sehari = 35 btg seminggu
35 x4=140 batang sebulan
140 x 12 = 1680 btg setahun
jika kanda mula merokok lepas spm sehingga sekarang
anggarannya lebih kurang 10 tahun.
jadi..1680 x 10 tahun= 16800 batang!!!!!
opocot terkejut dinda dengan statistik yg dinda kira ni
oh kanda..
benar dinda sedih
kanda lebih menyayangi batang durjana itu daripada dinda
dinda sedih memikirkan kemungkinan besar dinda ditinggalkan kanda kerana dia.
kanda berhentilah,sayang.
dinda menyayangi kanda lebih dari diri dinda sendiri
berhentilah merokok sayang
dinda menyatakan ini atas rasa cinta kepada kanda
dinda tak mahu kanda mencintai rokok lebih dari diri dinda
dinda juga tak mahu dinda mati gara2 kanda
semua org tau kanda
passive smoker lagi berisiko kepada bahaya berbanding perokok itu sendiri
kalau kanda sayangkan dinda, berhentilah merokok
dinda dah masak buat kanda, basuh baju kanda, layan kanda..
ini sahaja satu2nya pinta dinda.
tak lama lagi kita akan mempunyai anak
asap rokok boleh membuatkan bayi jadi bebal
malah jadi cacat kanda..
belajarlah berhenti dari sekarang
dinda faham ianya sukar
jadi dinda akan sedaya upaya memberi sokongan kepada kanda
sebatang rokok digantikan dengan sebuah ciuman
lumayan bukan?
dari isterimu, nurliyana.